Pengenalan syarikat

PADA permulaan abad terbaru, Chen Huaide - dengan pengamatan
mendalam di bidang perniagaan - nampak akan peluang-peluang niaga menggunakan
kaedah
e-dagang. Tanpa menoleh ke belakang, beliau mengorak langkah berani melahirkan
Hong Kong Winalite International E-Commerce Co. Ltd dan Shenzhen Winalite
Technology Co. Ltd.
Dalam tempoh singkat, Winalite berkembang pesat memartabatkan e-dagang dengan terma dan kaedah yang disebut Winalite Model, Winalite Effort, Winalite Speed dan Winalite Myth bagi menggantikan sistem korporat dunia yang sedia ada.
Winalite International muncul sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam penyelidikan dan pengembangan, (R&D) pengeluaran, termasuk pemasaran produk tuala wanita. Penghasilannya melalui R&D yang ketat dan keupayaan ini menjadikan ia syarikat paling tersohor baik di peringkat nasional mahu pun global.
Pasukan R&Dnya dianggotai pakar berpengalaman, terlatih dan saintis terkemuka bertaraf dunia. Dengan keluasan tapak kilang 100,000 meter persegi yang dilengkapi 60 mesin automatik, ia dapat mengadunkan pelbagai bahan mentah bagi menghasil tuala wanita yang memenuhi piawaian antarabangsa. Dengan prasarana itu, syarikat mampu mengeluarkan 3 bilion tuala wanita setahun dengan kualitinya mencapai piawaian antarabangsa.
Hasil keluaran yang dinamakan Love Moon Anionic sekaligus meningkatkan pandangan bahawa tuala wanita hanya sebagai pelindung kepada tanggapan ia lebih kepada penjagaan kesihatan.
Sebagai syarikat multinasional dengan moto ‘menghasilkan jenama bertaraf dunia untuk semua orang & ‘menghasilkan produk terbaik untuk hidup seharian’, Winalite International berjaya meletakkan dirinya di persada dunia dalam teknologi kesihatan dengan mengukuhkan model perniagaan secara e-dagang serta melantik agen-agen di peringkat regional.
Dengan kemampuan yang luar biasa itu - para elit dalam bidang pemasaran yang berkebolehan tinggi dalam bidang teknologi kesihatan dan e-dagang – membuatkan Winalite International menembusi pasaran dunia dengan mudah.
Setakat ini Winalite International berjaya membuka cawangan di lapan negara, antaranya Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Taiwan. Namun begitu produknya telah lama berada di lebih 50 negara terutama Asia Tenggara, di Amerika Selatan dan Eropah.
Setakat ini, syarikat memiliki karyawan 160 dengan lebih 400,000 rakan niaga di seluruh pelusuk dunia.
Apabila Winalite pertama kali diperkenalkan, Chen Huaide telahpun menetapkan halatujunya – menjadikan Winalite di antara 50 syarikat terkemuka dunia. Dan kini syarikat sedang menuju ke arah itu dengan diterajui oleh mereka yang sangat berpengalaman, berpengetahuan, komited dan bertanggungjawab.
Lebih daripada itu, mereka sanggup berkorban dengan berpegang
pada visi syarikat yang cukup jelas – membantu semua orang ke arah kehidupan
sihat serta melahirkan rasa kecintaan sesama manusia. Di samping itu berhasrat
memberi peluang mengembangkan karier masing-masing dalam bidang perniagaan
melalui produk kesihatan serta meningkatkan budaya korporat yang tinggi
nilainya. Syarikat juga berpegang kepada asas-asas teknologi yang sekaligus
menjurus ke arah rasa cinta sesama insan.