|
Success Unlimited telah diasaskan oleh Tuan Pengerusi, Encik Chen Huaide. Ia merupakan sebuah sistem yang menggabungkan kesemua pengalaman dan kebijaksanaan para rakan perniagaan. Ia mewarisi kekuatan daripada semua sistem-sistem antarabangsa dan dengan penambahbaikan terhadapnya. Kami mengambil hanya yang terbaik, membuang kekurangannya dan dengan inovasi yang berani dan berterusan akhirnya mewujudkan sebuah sistem yang sungguh berkuasa dan produktif. Ia merupakan koleksi buah fikiran, nilai-nilai dan komitmen daripada semua ketua sistem. Ia juga merupakan sebuah sistem yang membantu rakan perniagaan untuk berkembang, matang dan berjaya sehingga akhirnya mewujudkan kejayaan yang berkekalan.
Semenjak pelancaran sistem ini pada tahun 2006, Success Unlimited telah membangun dengan kukuh dan cepat di seluruh dunia. Lebih banyak elit-elit pengurusan telah tercipta daripadanya. Ia telah menjadi lagenda di dalam bidangnya.
Tidak syak lagi bahawa Success Unlimited oleh Winalite International dianggap sebagai pelopor kepada dunia e-dagang di China.
Success Unlimited merupakan sebuah sistem yang menakjubkan. Sistem ini dicipta berdasarkan matlamat untuk "Mewujudkan sebuah sistem yang dihormati di seluruh dunia" dan "Membina tembok besar di hati dan bekalan hidup melalui integriti". Kami menegakkan budaya integriti, hormat sesama sendiri, pengiktirafan, rasa terima kasih, kerjasama dan dengan pertolongan dan kerjasama dari kumpulan ketua-ketua yang komited, kita mempunyai matlamat untuk membantu yang lain untuk memulakan dan memiliki sebuah perniagaan antarabangsa, dari fasa perkembangan kepada tahap matang dan akhirnya mencapai kejayaan yang berkekalan dan kebebasan yang hakiki. Inilah misi kita. Kami bertanggungjawab kepada semua pengedar; kami mengawasi segala perkembangan sistem ini pada masa depan. Kami telah merancang untuk memindahkan sistem ini daripada tahap operasi asas sehingga kepada tahap yang lebih tinggi, sehingga membuat sistem ini lebih professional, dipercayai dan korporat. Kami bercadang untuk menubuhkan sebuah badan ekonomi yang kukuh dan merealisasikan impian untuk berkongsi kekayaan di seluruh dunia.
Success Unlimited merupakan sebuah keluarga yang besar dan bersatu. Di dalam keluarga besar ini, kita menegakkan nilai "Membantu orang lain adalah tanggungjawab kami yang hakiki", "Satu dunia, satu pasukan, satu impian" dan "Sentiasa berusaha samalah dengan rakan yang beramanah", "Tanpa anda, siapalah kami", "Keunggulan Selama-lamanya, Kejayaan Bersama-sama !". Dengan nilai-nilai ini, setiap orang akan menggabungkan wawasan individu dirinya dengan wawasan pasukannya. Dengan bantuan, sokongan, belajar dari orang lain, kami membantu setiap anggota dalam keluarga ini menjadi pakar perniagaan dan menjadi seorang pemenang.
Success Unlimited dicipta khusus untuk Winalite International. Ia telah terbukti melalui prestasi yang menakjubkan semenjak pelancarannya. Dengan penemuan punca kuasa yang paling efektif, kami dapat mengekalkan prestasi yang sama di pasaran. Oleh itu, kami mampu katakan bahawa Sistem Success Unlimited ini dicipta khusus untuk semua rakan perniagaan. Banyak kisah tentang kejayaan demi kejayaan telah membuktikannya. Beribu-ribu usahawan telah mendapat perhatian yang berterusan di dalam syarikat ini dan mereka ini sedang menuju ke arah kejayaan.
Kami memiliki sebab untuk percaya bahawa pesawat Success Unlimited yang berkuasa ini akan mampu membawa setiap rakan perniagaan yang memiliki wawasan dan impian menuju ke daerah yang menjanjikan kejayaan yang berpanjangan dengan pantas.
|